“Penginapan Selesa & Harga Berpatutan Dengan Kemudahan Lengkap Yang Disediakan”
Tempah Sekarang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Homestay Tawakkal Nusa Bayu, Nusajaya.

Kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung-pengunjung ke homestay kami yang terletak di Nusajaya, Johor Bahru, Johor. Bandar Nusajaya atau kini dikenali sebagai Iskandar Puteri ini merupakan sebuah projek pembangunan bandar bertaraf dunia antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Homestay kami terletak di Taman Nusa Bayu, Nusajaya, Johor. Ia merupakan kawasan yang sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan Lebuhraya Pontian yang menghubungkan Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia – Singapura dan Lebuhraya Utara Selatan (Exit 309: Persiaran Bayu).

Peta Homestay Tawakkal Nusa Bayu

Sudah semestinya homestay kami memberikan akses yang mudah serta kelebihan bagi anda yang memandu kenderaan sendiri. Bagi anda yang menaiki kapal terbang ke Johor Bahru, homestay kami terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Bagi anda yang dari Singapura, homestay kami terletak hanya 15 minit dari Kompleks Kastam Tanjung Kupang setelah anda melalui Jambatan Hubungan Kedua Malaysia – Singapura.


Kelebihan homestay

  • Rumah kediaman teres dua tingkat berkeluasan 20 kaki x 70 kaki.
  • Boleh memuatkan tiga hingga empat keluarga.
  • Mampu memuatkan dua buah kereta di dalam parking berbumbung yang luas dan selamat.
  • Sangat sesuai untuk ahli keluarga yang menghadiri Pendaftaran / Majlis Konvokesyen Universiti / Kolej / Maktab, Menghantar rombongan pengantin bagi majlis Perkahwinan / Pertunangan, Menghadiri kursus / seminar / mesyuarat / konvensyen, Menziarahi keluarga / saudara mara, bercuti di Johor Bahru atau Singapura dan urusan-urusan lain yang berkaitan.

Kemudahan disediakan

  • Terdapat 4 bilik tidur dan 3 bilik air:
    • Bilik Tidur Utama: 1 katil Queen dan 1 katil single (bilik tidur berhawa dingin, bilik mandi dan balconi peribadi)
    • Bilik Tidur Kedua: 1 katil Queen (bilik tidur berhawa dingin, bilik mandi berkongsi dengan Bilik Tidur Ketiga)
    • Bilik Tidur Ketiga: 1 katil Single (bilik tidur dengan kipas siling, bilik mandi berkongsi dengan Bilik Tidur Kedua)
    • Bilik Tidur Keempat (tingkat bawah): 1 katil Queen (bilik tidur berhawa dingin, bilik mandi)
    • Ketiga-tiga bilik mandi dilengkapi air pancuran panas (water heater), sabun mandi dan syampu
  • Wifi Internet (Unifi)
  • Ruang tamu yang luas dengan Set Sofa, TV LCD dan Astro Njoi
  • Ruang makan dilengkapi Set Meja Makan untuk 6 orang
  • Ruang dapur dilengkapi Dapur Gas, Periuk Nasi Elektrik, Peti Sejuk, Cerek Elektrik, Dispenser Air dan Peralatan Dapur
  • Mesin basuh automatik
  • Seterika dan papan seterika
  • Tuala dan sejadah

 

Nota:  Sila rujuk halaman Galeri Gambar.


Destinasi menarik sekitar homestay

Tempat menarik tumpuan pelancong;

  • Legoland Malaysia – 10 minit
  • Educity – 10 minit
  • Kota Iskandar – 10 minit
  • Johor Premium Outlet – 15 minit
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai – 15 minit
  • Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour – 15 minit
  • Pinewood Iskandar Malaysia Studios – 15 minit
  • Puteri Harbour Family Theme Park – 15 minit
  • Danga Bay – 15 minit
  • Angry Bird Activity Park – 20 minit
  • UTM Skudai – 20 minit
  • Pelabuhan Tanjung Pelepas – 20 minit
  • Forest City – 20 minit
  • Stadium Larkin (Home of Southern Tigers) – 20 minit

Tempat makan Halal menjadi pilihan pengunjung homestay;

  • Restoran Singgah Selalu – 15 minit
  • Wadihana Islamic Steak House – 15 minit
  • Medan Selera Plaza Angsana – 15 minit
  • Medan Selera Bomba Larkin – 20 minit
  • Medan Selera Plaza Larkin – 20 minit
  • Medan Selera Sungai Chat & Tepian Tebrau – 20 minit
  • Medan Steamboat Van Luton – 20 minit
  • Restoran Malay Village – 20 minit
  • Medan Selera Stulang Laut – 20 minit
  • Restoran Terapung Pendas – 25 minit

Nota: Anda boleh merujuk pada halaman Panduan Dan Rujukan Pengunjung yang kami disediakan untuk memberi idea kepada anda untuk ke destinasi menarik ketika menginap di homestay kami.


Daftar Masuk & Keluar

  • Waktu daftar masuk: 2.00pm
  • Waktu daftar keluar: 12.00pm

Terma Bayaran Deposit

  • Pihak Admin akan membuat pengesahan kekosongan unit terlebih dahulu.
  • Selepas itu anda akan menerima emel samaada tempahan anda diterima atau ditolak. * Sila hubungi Pihak Admin di talian  017-779 7900 jika tiada sebarang respon mengenai tempahan anda dalam masa 24 jam.
  • Jika tempahan diterima, sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah keseluruhan.
  • Tempahan hanya akan diletakkan atas nama anda dengan bayaran deposit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 24 jam. Sekiranya gagal, tempahan akan dibuka kepada umum.
  • Baki bayaran hendaklah dibayar sebelum atau semasa daftar masuk.
  • Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dilakukan 7 hari sebelum hari daftar masuk.

Pembayaran Deposit boleh dibuat ke akaun berikut;

No Akaun  : 551575307038
Bank           : MAYBANK
Penama     : ANDIENA ENTERPRISE

atau

No Akaun : 760 958 9290
Bank : CIMB
Penama : ANDI MOHD FAUZI

WAJIB : Sila isikan butir bayaran anda pada borang di sini serta Whatsapp ke 017-779 7900 & emelkan slip bayaran ke homestaytawakkal@gmail.com


Peraturan Homestay

  • Sila pastikan anda mengunci pintu grill sebelum keluar bagi memastikan keselamatan bersama.
  • Sila jaga kebersihan bilik, ruang tamu serta bilik air.
  • Sila tutup paip air dan semua suis barangan elektrik selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan pembaziran.
  • Dilarang melakukan vendalisma seperti merosakkan harta benda yang telah sedia ada.
  • Dilarang membuat bising selepas jam 11 malam.
  • Sila pastikan tiada barangan berharga ditinggalkan di dalam kenderaan anda.
  • Segala kehilangan barangan pengunjung adalah tanggungjawab sendiri.
  • Awasi barang-barang peribadi anda.
  • Dilarang mencuri atau mengambil barang yang telah disediakan.
  • Dilarang membawa haiwan perliharaan.
  • Dilarang merokok di dalam bilik.
  • Aktiviti maksiat, sumbang mahram, penggunaan dadah AMAT DILARANG.
  • Arak dan Makanan Tidak Halal tidak dibenarkan.

Alamat Kami


Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu
Google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya


 

Tempah Sekarang tunggu