Johor Bahru Dan Tempat Menarik Untuk Di Lawati

Johor Bahru Dan Tempat Menarik Untuk Di Lawati

Johor Bahru yang terletak di selatan tanah air merupakan Antara Negeri Paling menarik untuk di lawati,banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika berada disini.

 

johor bharu

Kenali Johor Bahru

Johor Bahru atau Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB ialah nama bagi ibu Negeri Johor dan nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia,Johor Bahru merupakan ”bandaraya kedua terbesar di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 876,000 [2] orang di kawasan Pusat Bandaraya sahaja (Kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Melebihi 2.4 juta orang di kawasan Metropolitan Iskandar Malaysia (Pasir Gudang, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Kulai & sebahagian Pontian).Jika digabungkan dengan kawasan Singapura-Johor Bahru, jumlah penduduknya adalah 5.49 juta orang, kadar pertumbuhan penduduk adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya paling selatan di tanah besar, Pasir Pelangi, pekan diraja terletak di Johor Bahru.

Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Johor Bahru juga merupakan bandaraya selatan Malaysia-kredit sumber:wikipedia

Legoland Malaysia

 

legoland

Legoland Malaysia adalah Taman Tema Legoland pertama di Asia dan yang ke enam di dunia. Taman tema ni terletak di Nusajaya dan dibuka pada 15 September 2012. Ada pelbagai roller coaster, permainan interaktif dan pertunjukkan di sini.

Taman tema Legoland ni sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian: Dry park – menempatkan semua roller coaster dan Wet park – taman tema air.

Waktu buka taman tema Legoland adalah dari pukul 10.00 a.m. sehingga 6.00 p.m.. Kalau hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, dry park akan ditutup pukul 8.00 p.m. tetapi wet park masih ditutup pada pukul 6.00 p.m.

Laman web:http://www.legoland.com.my/

Danga Bay (Teluk Danga)

Danga_Bay johor

Terletak di tepi pantai yang dahulunya di kenali sebagai Pantai Lido,Ia betul-betul berada di hadapan Istana Bukit Serene. Danga Bay telah dibangunkan oleh kerajaan negeri untuk menjadi tempat rekreasi untuk penduduk JB dan telah melalui pelbagai transformasi.

Di pesisir pantai Danga Bay ada beberapa buah kapal layar mewah dan ‘cruise ship’. Cruise ship akan membawa penumpang di sepanjang Selat Tebrau. Ada juga perkhidmatan basikal untuk pengunjung sewa pada kadar yang berpatutan. Jadi boleh digunakan untuk berjalan-jalan di sekitar Danga Bay.

Danga Bay sangat sesuai dilawati pada waktu malam. Pada masa inilah Danya Bay menjadi ‘hidup’ kerana semua lampu-lampu dan tempat menarik lain di buka. Ada juga taman tema kecil yang menempatkan beberapa permainan kecil seperti ‘Merry Go Round’ dan keretapi, sesuai untuk anak-anak kecil. Sebuah ‘Petting Zoo’ juga dibuka untuk anak-anak melihat binatang peliharaan dengan lebih dekat. (Sumber: Google)

 SANRIO HELLO KITTY TOWN, NUSAJAYA, JOHOR 

http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town

hello1
sumber: Sumber: http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town

 

Sanrio Hello Kitty Town Malaysia terletak di Puteri Harbour Nusajaya Johor, kawasan yang juga terletaknya Legoland Malaysia. Tempat ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di Negeri Johor. Ia terletak tidak berapa jauh daripada Taman Tema Legoland Malaysia yang juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati di Malaysia.

Apa yang menarik di dalam Sanrio Hello Kitty Town?

Tea Cup’s Ride

Permainan ini ialah permainan fizikal yang mana anak-anak duduk di dalam sebuah cawan besar, then cawan tersebut akan bergerak mengelilingi tempat tersebut. Cawan itu sendiri boleh berputar jika dipusing stereng yang terletak di tengah-tengah cawan tersebut.

Wishful Studio

Di studio ini pengunjung boleh belajar menghias biskut Hello Kitty. Biskut ini boleh terus dimakan selepas dihias.

Hello Kitty House

Hello Kitty House ini adalah rumah Hello Kitty. Ianya dihias dengan begitu indah bertemakan warna pink. Rumah ini seperti rumah yang betul dengan dibahagikan kepada beberapa ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi dan lain-lain lagi. Terdapat juga gambar-gambar hiasan berupa potret Hello Kitty di dinding rumah.

Wishful Studio

Membuat barang kemas dan ambil gambar dengan pakaian kostum

Di sini anak-anak anda akan diajar cara menghias rantai Hello Kitty. Rantai yang sudah siap terhias nanti boleh terus dibawa pulang.

Friendship Land

Permainannya di friendship lebih agresif. Kanak-kanak bermain dengan bebola plastik. Mereka boleh menembak dan sebagainya dengan menggunakan bebola plastik dan alat yang di sediakan untuk menembak. anak-anak anda pasti akan menyukai permainan ini.

Black Wonder

Permainan ini ialah permainan menguji minda. Misinya adalah untuk menyelamatkan Hello Kitty dan Dear  Daniel yang telah diculik dan di kurung di dalam gua itu. Pengunjung akan diberi sebuah lampu yang juga digunakan untuk check point di satu-satu tempat. Pengunjung juga diberi soalan untuk dicari jawapannya di dalam gua yang gelap dan dibina seperti gua penjara zaman silam.

Jika dapat menjawap semua soalan, kita dikira telah berjaya melepaskan Hello Kitty dan Dear Daniel. Sebelum keluar kita akan diberi sijil menandakan kita telah berjaya di dalam misi tersebut.Permainan ini agak menaik kerana ia menguji minda. Ia memerlukan penglibatan ibubapa untuk memudahkan menyelesaikan soalan misteri yang diberi.

Persembahan daripada Hello Kitty

Dalam beberapa jam sekali pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian dan tarian oleh Hello Kitty, Dear Daniel dan penari-penarinya. Pelbagai tarian yang dipersembahkan termasuk tarian Rusia, Koboi Arab dan lain-lain.

Di depan Friendship Land terdapat satu tempat makan yang dinamakan CinnamoRoll Cafe, Ibubapa dan anak-anak yang merasa lapar dan penat bermain di dalamnya bolehlah berehat seketika di kafe ini sambil mengisi perut dan menghilangkan dahaga.

Harga Tiket Hello Kitty boleh disemak di laman web:

http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town

Bertandang ke sini cukup santai kerana ianya terletak di dalam bangunan dan berhawa dingin.,Cuaca panas maupun hujan tidak menjadi isu di sini. Ibubapa pula boleh duduk bersantai sambil melihat anak-anak bermain daripada jauh kerana tidak risau anak akan pergi jauh.

credit:Sumber dipetik dari http://www.johorbahruhomestay.com/2013/10/kawasan-rekreasi.html)

Antara Pulau Pulau Cantik & Menarik Di Johor:
7 Pulau Bahagian Utara
Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Gual, Pulau Rawa, Pulau Hujung, Pulau Tengah dan Pulau Besar
8 Pulau Bahagian Selatan
Pulau Tinggi, Pulau Apil, Pulau Mentigi, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujong
3 Pulau di Bahagian Timur
Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Aur

Pulau Sibu Mersing

Wah!Menarik bukan tempat yang boleh anda lawati di sekitar Johor Bharu dan apa yang di papar serta di kongsikan di sini cuma sebahagiannya saja,malah terdapat lebih banyak tempat yang anda boleh kunjungi di sini.

Jika anda merancang percutian ke Johor Bharu,seeloknya rancang terdahulu percutian anda supaya anda benar-benar dapat menikmati percutian di sini.

Dan Homestay Tawakkal Nusajaya amat mengalu-alu kan kunjungan anda untuk percutian di sini,sebagai makluman,Homestay ini berdekatan dengan Taman Tema Legoland dan danga bay yang mana tempat paling popular untuk di kunjungi.

Anda pasti berpuas hati dengan tempat penginapan yang serba lengkap dan selesa di tambah ia di tawar kan pada harga yang amat berpatutan

Alamat Kami:

Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu
Google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya

Penulis Sambilan dan Blogger Sepenuh Masa

One thought on “Johor Bahru Dan Tempat Menarik Untuk Di Lawati

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *