Johor Premium Outlet Tarikan Membeli Belah

Johor Premium Outlet Tarikan Membeli Belah

Johor Premium Outlets atau JPO merupakan pusat beli-belah yang utama yang terletak di Iskandar Johor, Malaysia,Pusat beli-belah ini dan  terletak di daerah Kulaijaya.

Untuk Pengetahuan anda Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara,Johor Premium Outlets dibuka secara rasminya iaitu pada 11 Disember 2011.

 

johor premium outlet
Johor Premium outlet(JPO)

Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura,malah pengunjung yang datang ke JPO ini juga dari serata negeri di Malaysia dan luar negara,

Johor Premium Outlet merupakan sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan 80 rangkaian jenama terbaik dalam persekitaran terbuka dan unik. Antara barangan berjenama terkenal yang ada di Johor Premium Outlets ialah seperti Coach, Burberry, Canali, Gap, Ralph Lauren dan lain-lain lagi.

Apa yang menariknya diskaun sebanyak 25% hingga 65% boleh diperolehi di sini setiap hari melalui harga penjimatan terus daripada kilang (factory-direct savings).

Keadaan susun atur kedai / butik, pelbagai kemudahan disediakan dan persekitaran yang luas memberikan keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Jika anda berunjung ke JPO ini tidak perlu risau tentang parking,kerana parking yang luas serta kadar bayaran parking yang murah pastinya membautkan anda berpuas hati tentang parking di sini.

kadar bayaran parking JPO

Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.

Johor Premium Outlets terletak secara strategik bagi kesenangan antara kedua-dua buah negara ini iaitu Malaysia dan Singapura dan juga boleh diberikan kesenangan sekiranya pelancong-pelancong yang melawat ke selatan tanah air.

th

Jika anda dari Singapura,Masa perjalanan dari Singapura adalah 30 minit melalui Lebuhraya Link Kedua.

Penduduk Singapura juga boleh ke sana melalui Tambak Johor dan seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa selama 45 minit.

Bagi anda  yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja.

Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Premium Otlets akan dibangunkan taman tema air, pusat konvensyen Johor Premium Outlets dan 2000 bilik hotel yang mewah bertaraf 5 bintang.

Johor Premium Outlet Juga menyediakan tempat istirehat , tandas, surau, tempat makan, kemudahan mesin ATM dan lain-lain lagi ada disediakan dekat sini.

Jika anda berkunjung ke Johor Bharu Jangan lupa kunjungi JPO ini.

Alamat Johor Premium Outlets ialah :-

Jalan Premium Outlets
Indahpura
81000 Kulaijaya
Johor, Malaysia

Koordinat GPS : 1º 36’31” N 103º 37’59” E

Waktu operasi : Setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam

 

Cari Tempat Penginapan?

 

Homestay-Murah-di-Legoland-768x512 m

 

Diskaun khas untuk tahun 2016

– Hari biasa RM350 RM320

– Hujung minggu RM380 RM350

– Cuti Sekolah/Cuti Umum RM400 RM370

Anda nak diskaun lagi?? Kami akan berikan diskaun khas sekiranya anda menginap lebih dari 2 malam.

Kedua-dua tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa. Cepat booking sebelum tempahan ditutup!

Alamat Kami:
Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu
Google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya

Penulis Sambilan dan Blogger Sepenuh Masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *