Legoland Malaysia Destinasi Percutian Terbaik

Legoland Malaysia Destinasi Percutian Terbaik

Nikmati Percutian Bersama Keluarga Dan Sahabat Handai Ke Taman Tema Legoland Malaysia yang merupakan Taman Tema Legoland pertama di Asia dan yang ke enam di dunia,Rasai pengalaman percutian yang hebat apabila anda ke memilih Taman Tema Legoland sebagai destinasi percutian anda.

Taman tema yang terletak di Nusajaya ini  telah dibuka pada 15 September 2012,menariknya di sini Terdapat Taman tema air dan juga pelbagai jenis permainan roller coaster, permainan interaktif dan pertunjukkan yang di adakan di sini,paling menguja kan terdapat 7 taman tema khas yang disediakan oleh Legoland Malaysia iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland,Untuk pengetahuan anda Taman tema Legoland ini sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Dry park yang menempatkan semua roller coaster dan Wet park untuk taman tema air.

LEGOLAND MALAYSIA

Taman tema Legoland di buka dari jam 10.00 a.m. sehingga 6.00 p.m,dan pada waktu hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, dry park akan ditutup pada jam 8.00 p.m. manakala wet park ditutup pada pukul 6.00 p.m.

Sebagai rujukan tentang susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland,Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga ada disediakan.

Seksyen “Imagination” berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk,Permainan “Interactive Lego”yang bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain,Menariknya Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji.

Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu “Lego Mindstorms” telah disediakan,“Sky cruiser” merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia,Pengunjung juga bakal di sajikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland. “Kids Power Tower” merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan,Bilik permainan “Lego Duplo” merupakan kawasan yang interaktif bagi kanak-kanak kecil di antara umur 2 hingga 6 tahun.

Kawasan ini juga turut menyediakan kedai serta restoran,di Istana bukit terletak di belakang taman “Lego Knights” dan istananya adalah bercirikan puteri raja,Menarik bukan?

PETA WATERPARK LEGOLAND

 

Harga Tiket Legoland Malaysia

Dan sebagai rujukan Harga tiket masuk ke Legoland Malaysia adalah pada kadar RM140 (Dewasa 12-59 tahun), RM110 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas).

Legoland Malaysia juga ada menyediakan Annual Pass untuk pengunjung dengan harga RM275 (12-59 tahun) dan RM210 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas),harga tiket masuk ke sini boleh dikatakan berbaloi juga kerana mereka menyediakan lebih daripada 40 jenis permainan, pertunjukan dan tarikan yang ada di sini.

Pastinya taman tema legoland adalah satu destinasi percutian menarik buat kita semua yang sedang tercari-cari destinasi percutian.

Penginapan Terbaik Berhampiran Taman Tema Legoland

Dan sebagai melengkapi percutian anda,penginapan yang luas serta selesa pastinya di cari-cari sebagai pelengkap percutian anda Dan kami menawarkan Homestay penginapan terbaik  di Homestay Tawakkal Nusajaya,sila lah buat tempahan awal agar anda dapat menginap dan tinggal di tempat penginapan yang selesa serta mendapat tawaran harga yang sangat berbaloi!

Pastinya Taman Tema Legoland bakal membawa keceriaan kepada anda seisi keluarga dan penginapan Homestay Tawakkal Nusajaya kami menjanjikan tawaran kemudahan penginapan terbaik sepanjang anda berada di sini.

 

Untuk sebarang Pertanyaan dan tempahan anda boleh hubungi kami seperti yang tertera di bawah ini:

Alamat Kami:
Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu
Google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya

 

Penulis Sambilan dan Blogger Sepenuh Masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *