Petua Kecantikan Traditional Yang Selamat Dan Berkesan

Petua Kecantikan Traditional Yang Selamat Dan Berkesan

Mahukah anda tampil dengan wajah serta rambut  yang berseri-seri hanya dengan menggunakan sumber alam semulajadi yang di yakini selamat serta menjimatkan?
Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda petua kecantikan untuk di kongsikan buat anda semua dan boleh mencuba nya.

kecantikan sumber alam
Rawatan Kecantikan Sumber alam

Petua Serikan Wajah Menggunakan Lobak Merah
Ambil sepotong lobak merah(cukup-cukup untuk wajah) dan Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask,Biarkan 30 minit kemudian di bilas dengan air bersih dan seeloknya biarkan ia kering sendiri tanpa perlu di lap.

Petua Serikan Wajah Dengan Air Kelapa Muda
Sediakan Air Kelapa Muda,kemudian sapu rata air kelapa muda tersebut pada wajah anda bermula dari dagu membawa naik ke dahi,lakukannya seminggu sekali,biarkan sehingga kering kemudian di bilas bersih.

rawatan traditional kecantikan

Petua Serikan Wajah Dengan Minum Air Putih
Air amat penting bagi tubuh badan kita dan kita memerlukan banyak air setiap hari,selain keperluan badan,wajah yang berseri juga di kaitkan dengan air yang secukupnya pada tubuh badan kita,jadi,untuk mendapatkan kulit yang cantik kita harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh badan kita,dan tiada guna nya jika kita mmengambil apa apa supplement jka kita kurang minum air,maka ambil berat tentang meminum banyak air untuk mendapat kecantikan dan kesihatan.

Petua Kecantikan Dengan Tidur

Tidur yang cukup juga ada kaitan dengan kecantikan kulit dan juga kesihatan,Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!

Petua Kecantikan Merawat lingkaran hitam bawah mata
Minyak Zaitun-Sapukan beberapa titis minyak Zaitun pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan untuk seketika sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sekali sehari seeloknya sebelum tidur.
Uncang Teh-Simpan uncang teh yang telah digunakan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian letakkan uncang teh yang sedikit sejuk itu ke bahagian mata. Biarkan selama setengah jam. Amalkan sehari sekali.
Kentang-Ambil sebiji kentang dan kupas kulitnya. Basuh kentang tersebut dan potong nipis-nipis. Kemudian lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan secara kerap.

Petua Kecantikan Merawat Jerawat
Pisang-Ambil kulit pisang yang telah masak lalu di sapau pada wajah,biarkan ia kering dan di bilas selepas itu,lakukan nya beberapa kali sehingga jerawat hilang.
Timun-Parut potongan timun,kemudian di sapu pada wajah,biarkan kering kemudian di bilas,selain merawat jerawat ia boleh menyegarkan wajah anda.
Aloe Vera/Lidah Buaya-Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

Petua Kecantikan Merawat Rambut Gugur
Sediakan Kuning Telur Dan Minyak Zaitun,Campurkan 2 kuning telur dengan 2 sudu besar minyak zaitun, kemudian cairkan dengan setengah cawan air. Urutkan mask ini kepada kulit kepala secara perlahan-lahan. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas seperti biasa. Boleh guna shampoo untuk bilas.
Kekerapan: Tak perlu banyak, 1-2 kali sebulan sudah cukup untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Petua Kecantikan Rambut Bersinar
Bunga Raya-(Lendir Bunga Raya)
Ramas tiga hingga empat tangkai bunga raya kedalam sebesen air suam sehingga mengeluarkan lendir. Lumur pada rambut dengan rapi dan dibiarkan untuk 15 minit. Kemudian bilas dan biarkan rambut kering dengan sendirinya,pasti anda akan kagum dengan hasilnya nanti.

Petua Kecanttikan Merawat Rambut Gugur
Lidah Buaya -Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut kerana kepala mereka panas. Untuk mengatasi masalah ini, sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala dan rambut. Perap rambut selama 20 minit, kemudian bilas sehingga bersih. Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala dan mengatasi rambut kering serta gugur.

Petua Kecantikan Merawat Rambut Rosak
(Yogurt Perapi Semula Jadi)-Yogurt bukan sahaja enak dimakan tetapi ia juga dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar,Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini membantu merawat rambut rosak.

Promosi

Mahu Bercuti Ke Johor Bharu?Tak tahu nak cari Tempat Penginapan?Homestay Tawakkal Nusajaya Bersedia Menyambut kedatangan anda ke sini ,nikmati percutian terbaik dengan tempat penginapan yang sangat selsesa pada kadar harga yang amat berpatutan!Lokasi yang strategik bedekatan dengan kawasan pelancongan dan daya tarika seperti taman tema legoland,danga bay dan banyak lagi!

Homestay-Murah-di-Legoland-768x512 m

Diskaun khas untuk tahun 2016

– Hari biasa RM350 RM320

– Hujung minggu RM380 RM350

– Cuti Sekolah/Cuti Umum RM400 RM370

Anda nak diskaun lagi?? Kami akan berikan diskaun khas sekiranya anda menginap lebih dari 2 malam.

Kedua-dua tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa. Cepat booking sebelum tempahan FULL!!

Alamat Kami
Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu
Google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya

Penulis Sambilan dan Blogger Sepenuh Masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *