Pinewood Iskandar Malaysia Studio Bertaraf Antarabangsa

Pinewood Iskandar Malaysia Studio Bertaraf Antarabangsa

Satu Lagi Daya Tarikan bertaraf Antarabangsa Pinewood Iskandar Malaysia Studio merupakan kompleks studio yang terletak di Nusajaya, Johor yang berkeluasan 20 hektar, Dan Studio ini diuruskan oleh The Pinewood Studios Group selain daripada menyasarkan pasaran di rantau Asia-Pasifik,PIMS telah dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan untuk pengetahuan anda ia memberikan perkhidmatan kepada penerbit serantau dan antarabangsa.

 

foto Pinewood-studio

Studio yang merupakan kerjasama antara Pinewood Studios Group yang terkenal di dunia, dan cabang pegangan pelaburan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad itu dijangka menyumbang hingga RM1.8 bilion dari segi perbelanjaan dalam negeri tempatan dan bakal mewujudkan hingga 1,700 pekerjaan bebas (freelance) bagi rakyat Malaysia dalam lapan tahun akan datang.
Menariknya,Studio Tersebut telah menandatangani perjanjian dengan The Weinstein Company bagi penggambaran siri epik Marco Polo,pencipta dan penerbit eksekutif Marco Polo, John Fusco, menyebut bahawa kemudahan yang hebat dan cuaca Malaysia yang baik adalah antara sebab bagi The Weinstein Company menjadi syarikat penerbitan pertama menjadi sebahagian daripada Pinewood Studios baharu.

Manfaat dari pembukaan Studio itu akan membolehkan Malaysia meraih faedah daripada reputasi Pinewood Shepperton dan rangkaiannya yang dihormati di AS dan Eropah, sekali gus dengan serta merta menjadikan negara ini sebuah destinasi utama bagi penerbitan filem dan TV yang disegani

Malah,Kemudahan bersepadu bertaraf dunia kita akan membentuk wilayah Iskandar dan Malaysia sebagai sebuah persekitaran penerbitan antarabangsa bagi multimedia dan pengaliran masuk penerbitan antarabangsa akan menarik perpindahan banyak syarikat media bertaraf dunia ke Malaysia.

PIMS mempunyai pentas film seluas 9,290.30 meter persegi, tangki air dalaman dan luaran dengan keupayaan layar hijau, studio TV seluas 2,229.70 kaki persegi, kawasan set luar seluas 12.14 hektar, pejabat penerbitan dan bengkel seluas 6,689.01 meter persegi serta kemudahan dan perkhidmatan pasca penerbitan digital canggih.

“Pembukaan studio ini di Johor mampu menjadi pemangkin kepada landskap perubahan sosial dan ekonomi, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang perniagaan kepada penduduk termasuk penggiat industri hiburan.

“Bukan saja produksi luar, syarikat tempatan amat dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan ini bagi mempertingkatkan kualiti karya,maka pinewood studio boleh di manfaatkan sebaik nya oleh penerbit filem tempatan.

Menarik sekali Pinewood studio yang telah di buka di malaysia dan sudah pastinya ia sehebat studio bertaraf antarabangsa yang lain.

Cari Penginapan Selesa Dan Murah Di Nusajaya Johor Bahru?

Jika anda mahu berkunjung ke Johor,Homestay Tawakkal Nusajaya adalah lokasi paling Strategik bagi anda kerana ia amat berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancongan seperti Taman Tema Legoland,Danga Bay Dan lebih banyak tempat menarik tidak jauh dari kawasanHomestay kami,kami mengalu-alu kan kedatangan anda bersama keluarga mahupun rakan taulan.

Homestay-Murah-di-Legoland-768x512 m

Diskaun khas untuk tahun 2016

– Hari biasa RM350 RM320

– Hujung minggu RM380 RM350

– Cuti Sekolah/Cuti Umum RM400 RM370

Anda nak diskaun lagi?? Kami akan berikan diskaun khas sekiranya anda menginap lebih dari 2 malam.

Kedua-dua tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa. Jom Booking Awal!!

Alamat Kami:
Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu

google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya

Penulis Sambilan dan Blogger Sepenuh Masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *