Tips Rancang Percutian Menarik

Tips Rancang Percutian Menarik

Sebelum memulakan percutian anda harus membuat perancangan awal agar percutian tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Perancangan Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri serta minda setelah penat bekerja dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga mahupun sahabat handai.

LEGOLAND KOTA KERIANGAN

Sebelum bercuti anda perlulah melakukan pelbagai perancangan,termasuklah  persiapan bajet belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda dapat berjalan dengan lancar,Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan masalah kewangan setelah pulang bercuti.

Berikut kami kongsikan  beberapa tip perkongsian yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti,tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara mengikut perancangan percutian pilihan anda.

Membuat Tabungan/Tabung Percutian

Hal pertama sebelum memutskan untuk bercuti adalah bajet percutian,maka anda boleh membuat tabungan atau simpanan awal sebelum pergi bercuti,mula menabung seawal mungkin,Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas yang anda sediakan bagi percutian tersebut,Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda sehingga capai matlamat percutian anda.

Memilih Pakej promosi

Jika anda memilih untuk bercuti ke luar negara, pilih negara yang  ada mengadakan promosi pelancongan,atau anda buat semakan tentang promosi yag sedang di ajlankan oleh negeri mahupun negara yang mahu anda lawati,Anda juga boleh bertanya kepada ejen pelancongan tempatan dan Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum kepada anda. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

Merancang percutian

Sebelum melancong danbercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi serta teliti,Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai yang anda  pilih sepanjang tempoh percutian anda Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi,Untuk menjimatkan tenaga,perbelanjaan dan masa,rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam masa sehari itu. Melalui perancangan itu juga  anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang yang akan di kenakan bagi perkhidmatan tersebut.

Bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk lah juga  kos penginapan makan,pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli.Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti kelak,terutama jika anda bercuti di luar negara,Apabila bercuti ke luar negara,anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin anda lawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan   yanganda ada, Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang!Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan,terutama ketika anda mahu membeli-belah.

Lakukan Tempahan awal

Seperti sedia maklum,Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing.

Oleh itu,adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal agar anda dapat harga yang murah atau tawaran murah yang sedang  berlangsung. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah.

Begitu juga dengan tempahan penginapan Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa anda sedang bercuti.

Jika Bercuti bersama anak-anak

Amat penting seklai jika membawa bersama anak-anak untuk pergi bercuti pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda juga.

Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak Di sini perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang sangat penting sebelum pergi bercuti.

Membawa atau mendapatkan Peta

Peta juga adalah satu keperluan yang amat penting,Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda pastikan anda membeli peta tempat tersebut Ini bagi memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Maklumat Pengangkutan

Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti
dan tempat yang bakal dilawati.

Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu mahupun tersesat.

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai,anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan
secara adil beramai-ramai.

Manfaatkan Sarapan percuma Yang Di Sediakan

Manfaatkan lah sarapan percuma yang ada disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Cenderahati/ buah tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan,Dapatkan
maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan  yang anda mahu beri cenderahati tersebut supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan dan mengelakkan pembaziran,Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

Sediakan Dana Kecemasan

Sediakan Simpana dana kecemasan daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan Dana ini amat berguna jika berlakunya
sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan di hospital,Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan
anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan yang sepatutnya,gunakan dana ini bagi waktu kecemasan sahaja,jika tiada apa apa keperluan anda boleh terus menyimpannya.

Penggunaan wang tunai

Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara,Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit,Semoga tips ini membantu perancangan percutian anda.

Begitulah Tips Rancang Percutian Menarik yang dapat di kongsikan di sini dan jika anda memilih percutian ke Johor Bharu khusus nya memilih percutian di Legoland Malaysia anda boleh dapatkan tempat penginapan Homestay Tawakkal Nusajaya yang menawarkan penginapan terbaik pada kadar harga yang sangat berbaloi serta di jamin selesa kepada anda sepanjang percutian.

Promosi Diskaun khas untuk tahun 2016

– Hari biasa RM350 RM320

– Hujung minggu RM380 RM350

– Cuti Sekolah/Cuti Umum RM400 RM370

Anda nak diskaun lagi?? Kami akan berikan diskaun khas sekiranya anda menginap lebih dari 2 malam.

Kedua-dua tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa. Cepat Booking sebelum tempahan ditutup!

Alamat Kami:
Homestay Tawakkal Nusa Bayu – Nusajaya
No 25, Jalan Bayu 3/8, Taman Nusa Bayu,
79250 Nusajaya, Johor, MALAYSIA.

Telefon/WhatsApp: 017-779 7900 / 011-19809425

Facebook: www.facebook.com/homestaytawakkalnusabayu
Google+: google.com/+HomestayTawakkalNusaBayuNusajaya

Penulis Sambilan dan Blogger Sepenuh Masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *